F Kafe Dipecah Masuk, Diana Danielle Kerugian RM20,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kafe Dipecah Masuk, Diana Danielle Kerugian RM20,000

Aktres cantik, Diana Danielle, 25, mendedahkan dia pernah mengalami kerugian hampir RM20,000 akibat kafe miliknya bersama tiga lagi rakan kongsi iaitu Born & Bread's dipecah masuk.

Memetik laporan mStar online, kejadian berlaku semasa restoran tersebut menjalani proses pengubahsuaian pada akhir tahun lalu.

"Cabaran terbesar semasa proses membuka kafe ini apabila beberapa barang yang akan digunakan untuk kerja pengubahsuaian telah dicuri.

"Biarpun tidak banyak barang yang dicuri tetapi anggaran kegurian hampir RM20,000," katanya.

Perkembangan lain, dia kini mahu menumpukan bidang nyanyian memandangkan kerjaya sebagai pelakon memerlukan masa yang panjang di lokasi penggambaran.

Menurut Diana, dia sudah lama menyimpan impian mahu bergelar penyanyi namun selama ini tawaran lakonan lebih dulu datang membuatkan kerjaya seninya tampak cenderung ke arah itu.

Selepas Aidilfitri ini, Diana bakal melancarkan single sulungnya.

"Cinta pertama saya adalah bidang nyanyian dan saya tidak menyangka selepas impian itu tercapai hanya selepas bergelar isteri dan ibu.

"Sebagai ibu kepada dua anak, saya perlu memilih tawaran yang sesuai.

"Dengan status sekarang, saya rasa nyanyian lebih bersesuaian memandangkan kerjaya sebagai pelakon memerlukan masa yang panjang di lokasi penggambaran," katanya pernah menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem Kami Histeria yang juga lakonannya, kira-kira dua tahun lalu.
Powered by Blogger.