F Justin Bieber Disaman RM398,717 Kerana Pecahkan Telefon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Justin Bieber Disaman RM398,717 Kerana Pecahkan Telefon

Justin Bieber menghadapi tuntutan mahkamah kerana didakwa memecah telefon pintar seorang lelaki di sebuah kelab malam.

Pemilik telefon itu yang dikenali sebagai Robert Earl Morgan mendakwa dan menyaman Bieber kerana telefon miliknya hancur berkecai ketika menghadiri parti di kelab malam Cle di Houston, bulan lalu.

Menurut Robert, penyanyi lagu Love Yourself itu muncul di kelab malam tersebut dan mula membuat kecoh dengan berpelakuan ala badut Post Malone sambil merokok dan kemudian mencapai sebotol minuman keras dan membasahkan dirinya dengan minuman tersebut.

Robert lantas merakamkan aksi Bieber. Namun dia menyedari perbuatan Robert lantas serta merta merampas telefon pintar itu dan membaling ke lantai hingga pecah.

Menurut wakil penguam Rober iaitu Jason Friedman, anak guamnya tidak boleh mendapatkan kembali kad SIM yang mengandungi kenangan berharga termasuk gambar parti hari jadi neneknya yang ke-100.

Lelaki itu juga kehilangan hubungan perniagaan. Selain turut kehilangan kira-kira 5000 keping gambar dan video perjalanan hidup dan aktivinya selama ini.

Robert bertegas menyaman Bieber sebanyak $100,000 (kira-kira RM398,717) sebagai ganti rugi.

Setakat ini, Bieber belum mengulas lanjut mengenai insiden itu.
Powered by Blogger.