F Julia Roberts Berkaki Ayam Ke Festival Filem Cannes | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Julia Roberts Berkaki Ayam Ke Festival Filem Cannes

PELAKON terkenal Hollywood, Julia Roberts menjadi perhatian apabila tampil berkaki ayam ketika melalui karpet merah pada Festival Filem Cannes ke-69 baru-baru ini.

Pada acara berkenaan Julia kelihatan anggun dengan gaun vintaj berwarna hitam meskipun tidak memakai kasut, lapor E Online.

"Dia kelihatan cukup yakin apabila berkaki ayam melalui karpet merah namun masih menyerlahkan kejelitaannya.

"Meskipun tidak memakai kasut telah melanggar peraturan pemakaian tetapi dia adalah Julia Roberts dan dia boleh lakukan apa yang dimahukannya," kata sumber.

Peminat dan jurugambar yang berada di karpet merah berkenaan mula perasan Julia tidak memakai kasut apabila dia mengangkat gaunnya ketika menaiki tangga dan mendedahkan kakinya yang tidak berkasut.

Julia turut ditemani oleh rakan baiknya, George Clooney dan isterinya, Amal Clooney.
Powered by Blogger.