F Johnny Depp & Isteri, Amber Heard Ke Mahkamah Untuk Berpisah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Johnny Depp & Isteri, Amber Heard Ke Mahkamah Untuk Berpisah

* Depp mohon perlindungan mahkamah untuk menahan bekas isterinya menuntut sebahagian daripada hartanya yang bernilai AS$400 juta.

* Pelakon utama Pirates Of The Caribbean itu menegaskan mereka berdua tidak memiliki perjanjian bertulis untuk berkongsi harta sebelum berkahwin.

* Amber memfailkan perceraian di mahkamah pada 22 Mei lalu.

* Amber berbuat demikian dua hari selepas kematian ibu Depp.

AKHIRNYA pasangan Hollywood, Johnny Depp dan Amber Heard berpisah hanya selepas 15 bulan hidup sebagai suami-isteri.

Amber, 30, memfailkan permohonan cerai di mahkamah pada 22 Mei lalu dengan menyatakan alasan 'perselisihan yang tidak dapat diselesaikan' sebagai punca dia mahu berpisah.

Pelakon itu kini memohon ketetapan mahkamah untuk memperoleh harta sepencarian dan Depp, 52, dalam reaksi balas turut mencabar tuntutan tersebut dengan alasan mereka berdua tidak membuat perjanjian sebelum berkahwin berhubung pampasan jika bercerai.

Laporan media menyebut, harta dan aset Depp adalah sekitar AS$400 juta termasuk memiliki sebuah pulau persendirian di Bahamas.

Portal berita TMZ turut melaporkan yang pasangan tersebut tidak membuat perjanjian pra-perkahwinan berhubung pampasan harta jika bercerai.

Apa yang mengejutkan ramai pihak ialah Amber memfailkan perceraian ini dua hari selepas kematian ibu Depp, Betty Sue Palmer.

Hal perceraian ini juga muncul pada saat Depp sedang bersiap sedia mempromosikan filem terbarunya 'Alice Through The Looking Glass' yang akan memulakan tayangan di seluruh Amerika Syarikat mulai Jumaat.

Sementara Amber pula baru sahaja diberi peranan utama memegang watak sebagai Mera, Permaisuri Atlantis, dalam siri filem 'The Justice League: Bahagian Pertama'. Pengambaran dijangka bermula di United Kingdom sedikit masa lagi.

Johnny Depp dan Amber mengikat tali perkahwinan 15 bulan yang lalu di sebuah pulau peribadi di Bahamas dengan hanya 24 tetamu sahaja dijemput khas untuk menyaksikannya.

Kali terakhir mereka berdua dirakamkan bersama ialah pada April lalu di Gold Coast, Australia.



Hanya pada 22 April lalu, Amber meraikan harilahirnya yang ke-30.

Sebelum itu pada 15 Februari lalu, Amber dilihat berada di belakang pentas pada majlis Anugerah Grammys untuk memberi sokongan moral kepada Depp yang bersama-sama kumpulan kugirannya, Hollywood Vampires membuat persembahan sulung mereka.

Kedua-dua pasangan ini buat pertama kali bertemu pada tahun 2009 ketika pengambaran filem 'The Rum Diary'.

Pada November tahun lalu, Amber ketika ditemuramah oleh majalah Marie Claire menafikan yang rumah tangga mereka bergolak.

Sebelum berkahwin dengan Amber, Depp mendirikan rumahtangga dengan Vanessa Paradis pada 2012 selepas 14 tahun hidup bersama.


Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Lily-Rose, 16, dan Jack, 13.

Sebelum itu, Depp juga pernah berkahwin dengan Lori Anne Allison tetapi hanya kekal selama dua tahun sahaja.
Powered by Blogger.