F Jessica Mengaku Tyler Kwon Adalah Teman Lelakinya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jessica Mengaku Tyler Kwon Adalah Teman Lelakinya

PENYANYI dan pelakon Jessica akhirnya mengakui Tyler Kwon adalah teman lelakinya.

Jessica memberitahu mereka telah bercinta sejak tiga tahun lalu namun tidak mahu ia menjadi tumpuan berbanding karier seninya.

"Saya tidak pernah menafikan atau mengiyakan tentang hubungan kami tetapi benar sudah tiga tahun kami menjalinkan hubungan cinta," katanya.

Dalam pada itu, Jessica berkata, pihak syarikat pengurusannya juga menjadi penyebab dia enggan membuka mulut tentang percintaan mereka.

Katanya, mereka tidak membenarkan dia berbicara soal cinta kerana perlu memfokuskan karier bersama kumpulan Girls Generation ketika itu.

Ditanya tentang perkahwinan, Jessica berkata, mereka akan berkahwin tetapi tidak mahu terburu-buru.
Powered by Blogger.