F Jejai nafi tuduhan, mahu bersihkan nama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jejai nafi tuduhan, mahu bersihkan nama

Bekas suami pelakon, Fasha Sandha, Rizal Ashram Ramli, 39, atau Jejai menafikan segala tuduhan terhadap dirinya seperti yang dilaporkan media, baru-baru ini. Sambil mengaku terkejut dengan berita tersiar, Jejai mempersoalkan kandungan laporan yang didakwa tidak benar dan memalukan dirinya. "Setahu saya, Fasha tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Sebaliknya, dia menyerahkan perkara itu kepada peguamnya. "Ingin saya tegaskan apa yang dilaporkan mengenai diri saya adalah tidak benar sama sekali. "Saya akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang memalukan saya," katanya kepada BH Online, sebentar tadi. Ini adalah kenyataan pertama Jejai selepas tersebar berita Fasha dilaporkan membuat laporan polis terhadap Jejai. Enggan membiarkan kes itu berlarutan dan berpegang kepada prinsip berani kerana benar, Jejai turut meminta polis segera menyiasat kes terbabit agar namanya dibersihkan. "Saya sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk tindakan lanjut... Itu saja yang boleh saya kongsi," katanya.


Powered by Blogger.