F Jejai Nafi Ceroboh Kediaman Fasha | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jejai Nafi Ceroboh Kediaman Fasha

Bekas suami Fasha Sandha, Rizal Ashram Ramli menafikan dakwaan beliau kerap menceroboh kediaman dan mengganggu kehidupan aktres tersebut selepas mereka bercerai pada Januari lalu.

Memetik laporan Kosmo!, Rizal atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai terkejut dengan laporan akhbar semalam dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memalukan dirinya.

“Saya amat terkejut kerana apa yang dilaporkan itu tidak benar sama sekali. Saya juga telah berjumpa dengan peguam untuk meminta nasihat dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memalukan saya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Fasha, 32, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini pada Isnin lalu kerana mendakwa tidak tahan diganggu oleh bekas suaminya itu yang kerap memasuki kediamannya tanpa kebenaran selain memantau pergaulan pelakon Cicak Man 3 itu.
Powered by Blogger.