F JDT menang, esok Johor cuti | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

JDT menang, esok Johor cuti

Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor susulan kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

JDT menundukkan PKNS FC, 2-1 dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Kemenangan tersebut sekaligus menamatkan kemarau 18 tahun penguasaan pasukan dari selatan tanah ini iaitu kali terakhir muncul juara Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II).

Ismail turut memaklumkan kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberi insentif ke atas skuad Harimau Selatan ini atas kejuaraan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata pihaknya mengikut ketetapan cuti peristiwa yang diputuskan Kerajaan Negeri Johor sama seperti sebelum ini.
Powered by Blogger.