F JDT belasah Kaya FC 7-2 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

JDT belasah Kaya FC 7-2

PENYANDANG juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) memusnahkan impian kelab dari Filipina, Kaya FC untuk mara ke suku akhir apabila membenam kelab tersebut 7-2 dalam pertemuan kalah mati Piala AFC di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Skuad kendalian Mario Gomez yang juga satu-satunya wakil dari Malaysia dilihat tenang dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk melancarkan serangan bertali arus sekali gus berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan pada minit awal perlawanan.

Import JDT, Juan Martin Lucero muncul pembuka jaringan buat tuan rumah apabila berjaya menyempurnakan sepakan percuma yang diberikan pengadil pada minit ke 14.

Gol kedua Harimau Selatan pula disumbat Pareyra Diaz menerusi sepakan percuma yang dikurniakan pengadil selepas dia dikasari pertahanan lawan, Junior Munoz pada minit ke - 22.

Pasukan pelawat dilihat semakin tertekan apabila gol ketiga hasil serangan pantas yang dilakukan Diaz gagal dikekang pertahanan mereka lalu dimanfaatkan sebaiknya oleh sayap JDT, Azzamudin Akil.

Azzamudin Akil menutup tirai separuh masa pertama perlawanan dengan meledak gol keempat JDT menerusi percubaannya yang gagal dihalang Matthew Action.

Bermulanya, separuh masa kedua, pelawat kelihatan mula yakin apabila beberapa percubaan berjaya dilakukan. Penyerangnya, Jose Elmer Porteria akhirnya berjaya mengalahkan Izham Tarmizi menerusi satu percubaan pada minit ke 53 sekali gus memberi satu jaringan kepada pasukan.

Tersentak dengan gol berkenaan, terus menyemarakkan semangat pasukan Harimau Selatan yang kemudiannya berjaya menemui gol kelima pasukan menerusi Martin Lucero pada minit ke -54. Pemain gantian Mahali Jasuli muncul penjaring keenam pasukan apabila dia yang tidak dikawal pertahanan lawan selesa menyumbat gol hasil hantaran Diaz pada minit ke - 68.

Penutup kenduri gol JDT dilakukan Martin Lucero pada minit ke 70 menerusi rembatan kencangnya ke gawang gol lawan sekali gus melengkapkan hatriknya pada perlawanan tersebut.

Menuju minit akhir perlawanan, pasukan pelawat menujukkan semangat tidak mahu mengalah apabila menyumbat gol kedua pada minit 87 menerusi Antonio Ugarte.
Powered by Blogger.