F Jangan Ungkit-Ungkit Lagi Isu Separuh Bogel - Nazrief Nazri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jangan Ungkit-Ungkit Lagi Isu Separuh Bogel - Nazrief Nazri

Pendatang baharu, Nazrief Nazri tidak mahu lagi dikaitkan dengan gambar yang memaparkan dia hanya berseluar dalam bagi menjayakan pertunjukan fesyen suatu ketika dahulu.

Tidak mahu mengulangi kesilapan dahulu, pelakon berusia 25 tahun ini tekad meletakkan syarat dalam lakonan.

“Saya sedar itu silap dan khilaf yang tidak mungkin akan terpadam dalam sejarah hidup. Ketika itu saya terlalu muda. Baru berusia 21 tahun dan sedang gigih mengumpul wang.

“Sekarang saya sudah berubah dan mahukan kehidupan yang lebih terjamin. Apa yang berlaku dahulu, biarlah berlalu. Jangan diungkit-ungkit. Lagipun itu kan cerita lama,”

Namun, bukanlah bermakna selepas ini tiada lagi adegan bersentuhan mahupun berpelukan, cuma pelakon Cinta Illahi ini tidak mahu membuka baju atau seluar sehingga menayangkan auratnya.

“Saya akur tugas sebagai seorang pelakon, jadi saya tidak boleh beri syarat sebegitu. Cuma kalau boleh, saya tidak mahulah membuka baju sampai nampak pusat dan lutut. Lagipun, drama serta filem sekarang bukan lagi seperti dahulu.

“Adegan bersentuhan pun susah nak lepas, apatah lagi berpelukan. Jadi bagi saya, itu lebih memudahkan. Peminat pun suka dengan drama-drama sebegitu,” katanya yang tampil sebagai pengacara buat pertama kalinya menerusi program Sembang Terapi.
Powered by Blogger.