F Jangan cepat terpedaya mainan laman sosial | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jangan cepat terpedaya mainan laman sosial

Bukan saja golongan selebriti, malah anak mereka turut menerima tempias menjadi sasaran manusia tidak bertanggungjawab menyebar berita kematian palsu. Sebentar tadi, kecoh pula di laman sosial mengenai anak kesayangan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani, Yahaira Leanne, dikatakan meninggal dunia kerana tersedak minum susu. Menafikan hal terbabit, Yusry dan Lisa melihat perkara ini tidak sepatutnya berleluasa, namun menyedari bagaikan sudah menjadi aliran tidak sihat apabila pelbagai jenis cerita tak sahih kebenarannya pantas keluar di laman sosial membabitkan artis. "Umum perlu tahu ini adalah permainan alaf baru yang menggunakan rasa ingin tahu netizen dan mengumpan mereka untuk membaca. Media yang bertanggungjawab seperti media cetak patuh kepada etika kewartawanan. Malangnya penggiat 'online' ini hanya mahukan 'like' dan 'share' untuk kepentingan sendiri. "Mereka ghairah menggunakan orang yang tidak bersalah dan tidak tahu atau melakukan apa-apa sebagai "click bait" mereka, semata-mata untuk mendapatkan "hits" dan "views" daripada netizen. "Bagi mereka yang aktif menggunakan internet, harapnya jangan terlalu cepat terpedaya dengan tipu helah mereka ini," kata Lisa dan Yusry kepada BH Online. Yahaira akan genap 8 bulan pada 15 Mei ini. Yahaira Leanne (YL) membawa maksud 'wahai sebaik-baik kelembutan'. YL juga secara jelas menunjukkan akronim nama Yusry dan Lisa. Si kecil itu dilahirkan pada 15 September tahun lalu di Pantai Medical Centre. Sementara itu, Lisa ketika ini sedang melunaskan baki penggambaran telefilem Syahadah Yang Hilang arahan Ghaz Abu Bakar yang diterbitkan di bawah projek Karya 12 siaran Astro Citra.


Powered by Blogger.