F Janet Jackson hamil pada usia 50 tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Janet Jackson hamil pada usia 50 tahun

PENYANYI antarabangsa, Janet Jackson disahkan mengandung anak pertama pada usianya kini mencecah 50 tahun, lapor Entertaiment Tonight.

Bagaimanapun, penyanyi itu belum mengesahkan perkara itu.

Selebriti itu yang akan menyambut kelahiran ke 50 pada 16 Mei ini menunda siri jelajah Unbreakable bulan lalu kerana ingin memulakan keluarga dengan suaminya Wissam Al Mana.

"Kami berada dalam siri kedua jelajah itu dan ada sebab perubahan secara tiba-tiba," katanya kepada peminatnya melalui video yang dihantar ke Twitter pada 6 April.

"Saya fikir ia adalah penting bahawa anda menjadi yang pertama tahu. Saya dan suami saya merancang keluarga kami, jadi saya terpaksa menagguhkan jelajah," katanya.‎

Menurut Janet lagi, dia perlu berehat atas arahan doktor. Tetapi saya tidak lupa tentang anda.

"Saya akan meneruskan jelajah secepat mungkin," tambahnya.

Jackson merahsiakan perkahwinannya dengan hartawan peruncitan Al Mana, 41, pada tahun 2012, tetapi tidak mengesahkan mereka akan berkahwin sehingga awal 2013.
Powered by Blogger.