F Janda bawa anak tawar khidmat seks | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Janda bawa anak tawar khidmat seks


Seorang ibu tunggal dikesan membawa anak lelaki berusia dua tahun ketika melakukan kegiatan tidak bermoral, dengan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di sebuah hotel murah di Jalan Hamzah, di sini, malam kelmarin.

Wanita berusia 30 tahun itu bagaimanapun ditahan dalam Ops Bersepadu bermula jam 9 malam hingga jam 2 pagi.

Operasi dijalankan pihak berkuasa dari Majlis Perbandaran Kota Bharu–Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kolaborasi polis dari Cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan serta pegawai dan anggota dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

Setiausaha MPKB-BRI, Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata, suspek ditahan hasil penyamaran anggota pihak berkuasa berurusan dengan seorang lelaki dipercayai 'bapa ayam' berusia sekitar 40-an.

Katanya, anggotanya berkomunikasi menerusi khidmat pesanan ringkas bagi membuat rundingan harga dan menetapkan lokasi.  

“Selepas bersetuju dengan bayaran RM120 sekali langgan, Lelaki itu turut membawa seorang budak lelaki (anak suspek) sebelum mempelawa anggota naik ke sebuah bilik hotel terbabit.

“Tiba di dalam bilik, anggota mendapati ada seorang wanita iaitu suspek sedang menunggu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, pihak berkuasa mempercayai taktik membawa anak oleh suspek sebagai modus operandi bagi mengaburi kegiatan tidak bermoral daripada diketahui pihak berkuasa.

“Dalam operasi sama, seorang lelaki berperwatakan wanita turut ditahan juga dipercayai menawarkan khidmat tidak bermoral dengan bayaran serendah RM60.

“Pondan tersebut diserahkan kepada Jaheaik, manakala wanita berkenaan diambil polis untuk tindakan selanjutnya, namun 'bapa ayam' yang mengatur pertemuan belum berjaya ditahan,” katanya.
Powered by Blogger.