F Isu TMJ: 'Ini hanya salah faham' kata KPN | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isu TMJ: 'Ini hanya salah faham' kata KPN

 Isu berhubung telefon Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dicuri dengar dan pergerakannya dipantau cawangan khas adalah hanya salah faham.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya, pagi tadi beliau sudah pergi menghadap Tunku Mahkota Johor di Istana Bukit Pelangi, Johor, dalam pertemuan kira-kira satu jam untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

“Sebenarnya ini adalah sedikit silap faham..tiada apa dan saya sudah jelaskan kepada Tunku.

“Tiada apa-apa masalah dan saya katakan di sini, ini hanya salah faham,” katanya kepada pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Rugbi Piala Rujirawongse 2016, di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand, di Pulapol, dekat sini, petang tadi.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan, Tunku Mahkota Johor mendakwa pihak berkenaan (cawangan khas) juga turut membuka fail mengenai beliau dan ayahandanya di Bukit Aman.

Dalam perkembangan lain, Khalid turut mengulas berhubung penahanan seramai 20 individu di Tanjung Labian, Tanjung Batu dan Lahad Datu.

Katanya, penahanan itu adalah sebahagian operasi polis dalam membersihkan kawasan itu daripada kegiatan jenayah rentas sempadan selain menangkap dalang-dalang yang membantu penjenayah dari Selatan Filipina.

Selain itu, susulan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Veteran Tentera, Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju yang mendakwa Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus mengancam untuk menyerang dan menembaknya.

“PDRM akan menyiasat jika benar dakwaan tersebut dan jika ada pelanggaran syarat-syarat senjata api, tindakan akan diambil,” katanya.
Powered by Blogger.