F Isu Nyaris Bertumbuk: Fattah Amin Maafkan Aman Nassim | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isu Nyaris Bertumbuk: Fattah Amin Maafkan Aman Nassim

Pelakon Fattah Amin menganggap insiden dia nyaris menumbuk Aman Nassim gara-gara keceluparan mulutnya sebagai satu pengajaran kepada pelakon baharu berkenaan.

Memetik laporan mStar online, Fattah, 26, berkata, perkara tersebut sudah selesai dan dia enggan membesarkan lagi cerita tersebut

"Kes itu sudah selesai dan dia pun sudah memohon maaf dengan saya, saya faham dia manusia biasa dan kadang-kadang terlepas cakap secara tidak sengaja.

"Ia bukan kerana saya yang bersikap tidak boleh bergurau, cuma dia mecelah pada masa yang tidak sesuai," ujarnya.

Insiden kontroversi itu tercetus selepas Aman dikatakan bertanya soalan yang tidak patut menyentuh hubungannya dengan aktres Sherry Ibrahim ketika dia sedang berbual dengan beberapa pelakon dan kru produksi.

Sementara Aman dilaporkan tidak mahu mengulas tentang perkara itu.

Powered by Blogger.