F Isu Isteri Dituduh Pecah Amanah: Amy Bakal Buat Sidang Media | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isu Isteri Dituduh Pecah Amanah: Amy Bakal Buat Sidang Media

Lagenda Rock Amy Search akan mengadakan satu sidang media berhubung dakwaan salah seorang anggota kumpulan Search yang mendakwa isterinya pecah amanah serta bersikap kurang wajar mengenai urusan Konsert 35 Tahun Search pada 30 Ogos ini.

Memetik laporan Kosmo! pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad yang mendakwa perkara itu turut membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini petang kelmarin.

Yazit mendakwa, isteri Amy, Norhasniza Hassan bukan sahaja dikatakan pecah amanah bahkan memaki hamun dia apabila di­tanya mengenai urusan bayaran pendahuluan untuk konsert berkenaan.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 57, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sebaliknya akan mengadakan satu sidang akhbar dalam masa terdekat.

“Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang kenyataan buat masa ini. Satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat untuk menjawab segala pertuduhan dan pertanyaan yang dilemparkan," katanya.
Powered by Blogger.