F Isteri Johnny Depp Pernah Kahwin Dengan Teman Wanitanya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isteri Johnny Depp Pernah Kahwin Dengan Teman Wanitanya

Beberapa hari lalu dunia hiburan Hollywood gempar dengan berita mengenai kehidupan rumah tangga pasangan Johnny Depp dan Amber Heard yang selama ini digelar sungguh bahagia lagi romantis kini ibarat sedang berada di hujung tanduk ekoran aktres itu memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Namun lebih mengejutkan lagi, Heard mendakwa bintang filem siri Pirates of the Caribbean itu memukul dan mengasarinya. Kelmarin, Hakim Mahkamah Agung Los Angeles mengeluarkan larangan Depp daripada mendekati wanita tersebut.

Dan kini, terbongkar satu lagi fakta menggemparka, Heard didakwa pernah bernikah dengan bekas kekasihnya sebelum menjalin cinta dengan Depp.

Laporan The Mirror menyebit, pelakon Magic Mike XXL sebelum ini pernah berkahwin dengan wanita yang dikenali sebagai Tasya Van Ree yang merupakan seorang jurugambar.

Tak cukup dengan itu, pada Mac 2008, Heard dikatakan pernah mengubah nama belakangnya sebagai menunjukkan dia sudah berkahwin.

Dia memutuskan untuk memakai nama Van Ree sebagai tanda cintanya terhadapa bekas kekasihnya itu. Hal tersebut mencetuskan kontroversi, kerana pada ketika itu perkahwinan sesama jenis belum lagi sah dan di terima. Untuk pengetahuan, pernikahan sesama jenis di California diluluskan pada tahun 2015.
Powered by Blogger.