F Isteri Johnny Depp mohon cerai | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isteri Johnny Depp mohon cerai

Isteri Johnny Depp memfailkan permohonan cerai dengan alasan tiada lagi persefahaman selepas setahun berkahwin. Rekod mahkamah menunjukkan Amber Depp, seorang pelakon yang turut dikenali sebagai Amber Heard, memfailkan perceraian pada Isnin dan menuntut nafkah daripada pelakon yang dicalonkan anugerah Oscar itu. Heard menyatakan tarikh perpisahan mereka adalah pada Ahad. Pasangan itu tidak mempunyai anak. Depp dan Heard sama-sama membintangi filem "The Rum Diary" pada 2011 manakala filem terkini Depp, "Alice Through The Looking Glass," dijadual mula ditayangkan esok. Perceraian itu pertama kali dilaporkan semalam oleh laman web selebriti TMZ.


Powered by Blogger.