F IOI Dikecam Peminat Kerana Masalah Disiplin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

IOI Dikecam Peminat Kerana Masalah Disiplin

KUMPULAN IOI dikritik hebat oleh peminat apabila mereka dilaporkan lewat hampir dua jam semasa mengadakan persembahan di Universiti Sejong baru-baru ini.

Allkpop melaporkan peminat berang kerana IOI sepatutnya muncul sebagai artis pertama membuat persembahan namun gara-gara kelewatan mereka ia terpaksa diganti oleh penyanyi lain.

IOI dalam satu laporan pula memberitahu alasan mereka lewat adalah kerana terlibat dalam rakaman program Late Marriage yang hanya berakhir pada pukul 10 malam.

"Jika 1,000 orang menunggu hampir dua jam seperti kami telah membazirkan 1500 jam. Mereka sepatutnya memulangkan kembali wang kami," kata salah seorang peminat.
Powered by Blogger.