F Inilah Punca Neelofa Menang Bintang Paling Popular | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Inilah Punca Neelofa Menang Bintang Paling Popular

Pengacara dan pelakon Neelofa memberitahu cara dia membawa dirinya untuk bergelar artis contoh dan ikon merupakan salah satu sebab dia memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH29) yang diadakan, malam Ahad.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Md Noor, 27, berkata, dia menjadikan segala cerita kontroversi pada awal kemunculannya sebagai sebuah pengajaran sebelum bertukar menjadi seorang selebriti yang lebih dihormati.

Neelofa ditemui pada sidang media selepas selesai ABPBH29, yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.


Neelofa turut memenangi kategori Pengacara TV Popular. Kemenangannya sebagai bintang paling popular membolehkan dia membawa pulang sebuah kereta Volkswagen Passat.


Dalam pada itu, Neelofa berkata, sepanjang enam tahun bergelar anak seni pelbagai dugaan terpaksa dilaluinya.

Tambahnya, orang di sekeliling dan peminat sentiasa menjadi penyokong dan tulang belakang dalam memberi kekuatan untuk meneruskan kerjaya dalam industri seni.

Tambah Neelofa, dia turut menjaga nilai eksklusif terutama dalam memilih tawaran-tawaran sebagai pelakon dan pengacara yang bersesuaian dan dapat membantu kerjayanya.

Sementara itu, ditanya tentang ucapannya di atas pentas yang menyebut beberapa nama penting termasuk Datuk Hans Isaac, Neelofa mengakui dia antara individu penting dalam kerjayanya.

Tambahnya, Hans, banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar pada awal kemunculannya dalam industri.


Powered by Blogger.