F Indah Ruhaila Risau Ditanya Tentang Usia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Indah Ruhaila Risau Ditanya Tentang Usia

Penyanyi yang hits dengan lagu Percayalah, Indah Ruhaila, mengakui berasa bimbang setiap kali ditanya orang sekeliling mengenai usianya kerana pertanyaan sebegitu membuatkan dia berasa dirinya semakin tua.

Menurut Indah, bagaimanapun sejak dia muncul dengan rambut imej berambut pendek, ramai yang tidak percaya usianya kini sudah mencecah 29 tahun sebaliknya mengatakan dia nampak lebih muda daripada usianya sebenar.

"Ala, umur saya sudah 29 tahun. Sebenarnya kalau setiap kali orang tanya umur saya, seperti mengingatkan yang saya ni semakin tua dan mulalah saya fikirkan tentang di usia sebegini saya belum lagi berkahwin.

"Saya fikir tentang kerjaya dan adakah diusia yang sudah hampir '3 siries' ni saya mampu untuk mencapai kejayaan dan semua impian dan apa yang saya mahu dalam dalam karier nyanyian saya?

"Tapi saya rasa lucu pula sebab semenjak saya berambut pendek ni, ramai yang kata saya nampak lebih muda. Tapi cuma muda dua tahun saja lah...," tuturnya kepada Malaysia Digest ketika ditemui baru-baru ini.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin sudah bergelar tunangan orang  selama hampir tiga tahun lalu.

Namun buat masa ini, dek kekangan masa dan kesibukan dalam kerjaya membuatkan dia dan bakal suaminya belum memutuskan tarikh sebenar untuk mengakhiri ikatan pertunangan mereka ke jinjang pelamin.

"InsyaAllah kami merancang mahu melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan," beritahunya.

Sementara itu, Indah bakal muncul dengan single ketiga berjudul Semua Untuk Cinta, tidak lama lagi. Lagu tersebut merupakan ciptaan Heal Hussain.

"Saya akan lancarkan single baru saya tidak lama lagi. Selain itu, saya dalam perancangan memasarkan busana berkonsep ready to wear jenama saya sendiri. InsyaAllah ianya akan berada di pasaran tahun depan," tuturnya.
Powered by Blogger.