F Impian Diana Danielle bergelar penyanyi jadi kenyataan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Impian Diana Danielle bergelar penyanyi jadi kenyataan

Impian pelakon Diana Danielle, 25, bergelar penyanyi akhirnya menjadi kenyataan menerusi penerbitan single sulung selepas Aidilfitri ini. Beliau berkata, minatnya lebih terarah kepada arena nyanyian namun tawaran lakonan lebih dulu datang membuatkan kerjaya seninya tampak cenderung ke arah itu. "Cinta pertama saya adalah bidang nyanyian dan saya tidak menyangka selepas impian itu tercapai hanya selepas bergelar isteri dan ibu.

"Dengan status sekarang, saya rasa nyanyian lebih bersesuaian memandangkan kerjaya sebagai pelakon memerlukan masa yang panjang di lokasi penggambaran. Sebagai ibu kepada dua anak, saya perlu memilih tawaran yang sesuai. "Namun ia tidak bermakna saya meninggalkan bidang lakonan, cuma percaturan saya pada tahun ini adalah untuk fokus bidang nyanyian," katanya selepas pelancaran kafe miliknya, Born & Bread. Terdahulu, dua tahun lalu isteri kepada Farid Kamil itu pernah menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem Kami Histeria yang juga lakonannya. Sementara itu, menyentuh mengenai kafe yang dikongsi bersama dua teman rapatnya, Diana memaklumkan menceburi bidang perniagaan demi masa hadapan.


Powered by Blogger.