F Ika Nabella, Zaid rancang nikah Julai | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ika Nabella, Zaid rancang nikah Julai

Pelakon, Ika Nabella, 27, dan tunangnya, Muhammad Zaid, 29, merancang berkahwin, Julai depan. Pasangan yang bertunang di Pulau Pinang, 14 Mei lalu itu mahu mempercepatkan perkara yang baik. Ika yang dicungkil bakatnya menerusi Akademi Fantasia (AF) musim keenam sudah berkawan dengan Zaid sejak lima tahun lalu. Namun, pertemuan semula selepas terputus hubungan, tahun lalu, bagai memperkuatkan jodoh mereka. "Bibit cinta antara kami terbit 10 bulan lalu. Kebetulan masing-masing masih solo dan kami jadi akrab. "Malah, sejak empat bulan lalu kami ingin memastikan hubungan menjadi lebih serius hingga ke peringkat berkahwin. "Jika diikutkan, kami mahu terus bernikah dan tak mahu bertunang. Tetapi disebabkan saya anak tunggal perempuan, lebih baik semuanya dilakukan mengikut adat," katanya kepada BH Online. Ika berkata, majlis pernikahan akan diadakan di Pulau Pinang manakala majlis resepsi di Kuala Lumpur. "Setakat ini, apa yang pasti, kami akan berkahwin pada bulan Julai. Cuma tarikh belum dapat dipastikan buat sementara waktu" kata anak sulung daripada empat beradik itu. Menurut Ika, dia dan tunangnya yang juga ahli perniagaan belum memikirkan tema perkahwinan. "Saya dan tunang cuba mengikut tema yang kena dengan peredaran masa," katanya. Mengenai Zaid, Ika menyenangi peribadi tunangnya itu. "Kami tahu kelompok kawan masing-masing. Saya juga selesa dengan cara dia melayan kawan termasuk keluarga. Dia sangat telus," katanya.


Powered by Blogger.