F Ika Nabella bertunang dengan jejaka pilihan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ika Nabella bertunang dengan jejaka pilihan

Pelakon, Ika Nabella, 27, bakal bertunang dengan jejaka pilihannya, Zaid, pada 14 Mei ini di rumah keluarganya di Pulau Pinang. Ika berkata, beliau sudah lama bersahabat dengan ahli perniagaan itu dan bibit cinta mula timbul sejak 10 bulan lalu. Mereka merancang untuk berkahwin pada Julai depan. "Kami sudah lama berkawan, namun masing-masing mempunyai haluan hidup sendiri. Kami dipertemukan semula 10 bulan lalu dan kebetulan masing-masing tidak mempunyai teman istimewa. "Kami merancang untuk mengadakan majlis pertunangan di negeri kelahiran saya, Pulau Pinang, dan berkahwin pada Julai. Cuma tarikhnya belum pasti. "Saya menganggap sudah tiba jodoh saya kerana biarpun berkawan selama lima tahun, rupa-rupanya dialah bakal teman hidup saya," katanya kepada BH Online. Menurut Ika, beliau sendiri lebih selesa tidak memuat naik sebarang gambar bakal suaminya dan meminta semua pihak menunggu sehingga majlis pertunangannya Sabtu ini. "Dia bukan berlatar belakangkan dunia hiburan dan tidak biasa ke majlis atau acara sedemikian. Namun, saya akan cuba membiasakan diri Zaid dengan dunia saya sebagai pelakon. "Buat masa ini biarlah tiada sebarang gambar bersama dulu. Saya lebih selesa begini kerana enggan menghebahkan benda yang tidak pasti. Mereka yang tertanya-tanya boleh menantikan saja Sabtu ini," kata Ika.


Powered by Blogger.