F Identiti Suzy Dicuri Penjenayah di India | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Identiti Suzy Dicuri Penjenayah di India

Identiti pelakon dan penyanyi Suzy, telah dilaporkan dicuri oleh penjenayah di India.

Pada 18 Mei, media India melaporkan pihak polis menemui sebuah buku bank dengan gambar Suzy yang tertera pada buku tersebut. Buku akaun itu ditemui sewaktu menjalankan pemeriksaan terhadap seorang penjenayah wanita ketika diberkas.

Rupa-rupanya wanita itu memuat turun gambar Suzy dan dan menggunakannya untuk membuka akaun bank.

Sementara itu, pihak pengurusan Suzy berkata, Kami kini sedang cuba mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai hal itu, memandangkan ianya berlaku di India.

Suzy atau nama sebenarnya Bae Su Ji, 21, popular menerusi drama Korea seperti Dream High, Dream High 2 dan Gu Family Book. Anggota kumpulan Miss A ini juga merupakan kekasih kepada aktor terkenal, Lee Min Ho.
Powered by Blogger.