F Ibu Tukar Nama Yesung (Super Junior) Tanpa Pengetahuan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ibu Tukar Nama Yesung (Super Junior) Tanpa Pengetahuan

ANGGOTA kumpulan Super Junior iaitu Yesung memberitahu ibunya menukar namanya tanpa meminta pendapat atau kebenarannya terlebih dahulu.

Soompi melaporkan ibu Yesung menukar namanya daripada Kim Jong Woon kepada Kim Jong Hoon kerana merasakan maksudnya lebih baik.

"Nama sebenar saya adalah Kim Jong Woon tetapi kini nama saya adalah Kim Jong Hoon.

"Ibu menukar nama saya di pejabat pendaftaran dan menukar nama keluarga kerana nama sebelum ini membawa maksud kurang baik," ujarnya.

Dalam pada itu, Yesung berkata, ibunya mengambil masa tiga bulan untuk memberitahunya mengenai perkara itu dan mengakui terkejut.

Bagaimanapun dia reda dengan keputusan ibunya itu dan sudah pun menggunakan nama baharunya itu untuk urusan rasmi.
Powered by Blogger.