F Hujan jelajah Eropah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hujan jelajah Eropah

Ditubuhkan pada 2006, band popular, Hujan yang dianggotai Noh Salleh selaku vokalis, AG Coco (gitar), Azham Ahmad (bass) dan Izzat Uzaini (dram) mengukuhkan kedudukan di gelanggang seni tanah air.


Memperjuangkan muzik Indie dan rock alternatif, Hujan berjaya mempamerkan prestasi cemerlang apabila karya yang diketengahkan menjadi siulan ramai.

Sedekad mencipta nama, band yang muncul dengan album baru berjudul Jika Sempat selepas empat tahun berehat itu berangkat ke Eropah kelmarin bagi menyempurnakan siri jelajah Hujan London Tour bagi meraikan peminat mereka yang berdiri dengan jolokan Raingers.

“Ini adalah jelajah keenam Hujan di United Kingdom (UK) sebagai tanda penghargaan buat peminat kami, Raingers. Menariknya kali ini kami menerima pelawaan penganjur di UK untuk menjayakan gig.

“Kami berasa sangat teruja kerana kunjungan kali ini bukan sahaja dapat menghiburkan rakyat Malaysia tetapi turut berpeluang menyanyi di hadapan penduduk UK.

“Peluang keemasan ini tidak wajar dilepaskan. Disebabkan itu kami nekad terima tawaran ini meskipun terpaksa mengeluarkan bajet sendiri,” kata AG Coco ketika ditemui di majlis pelancaran album Jika Sempat, baru-baru ini.

Menerusi kunjungan yang dijangka berakhir pada 2 Jun ini, Hujan akan mengadakan persembahan di Hoxton diikuti Whitechapel, Angel, Shoreditch, Holloway dan Camden.

Tampil lebih matang

Mengulas lanjut album Jika Sempat, AG berkata, sepanjang empat tahun menyepi, anggota Hujan membawa haluan masing-masing bagi mencari inspirasi baru.

“Sebenarnya kami memilih berehat seketika kerana sudah jemu melihat wajah masing-masing.

“Empat tahun tempoh yang lama, jadi kami rindu untuk kembali bersama. Kemunculan semula ini bukan kosong, sebaliknya ada buah tangan baru yang kami persembahkan buat peminat,” katanya.

Tambah AG, menariknya album itu menyerlahkan kematangan vokal Noh.

“Album ini memuatkan 12 lagu. Sepuluh daripadanya adalah lagu yang sudah lama disimpan.

“Saya terkejut mendengar suara Noh sewaktu sesi rakaman di studio. Apa yang boleh saya katakan, suaranya kedengaran lebih matang,” kata AG yang bakal menamatkan zaman bujang pada Disember ini selepas merisik kekasihnya, Khamis lalu.

Bercerita mengenai perkara yang dibincangkan sewaktu majlis merisik, AG berkata, tarikh pernikahan sudah diputuskan keluarga kedua-dua pihak.

“Tiada majlis pertunangan sebaliknya terus nikah. Ini kata sepakat yang dicapai ketika majlis merisik. Insya-Allah saya dan kekasih akan berkahwin pada 20 Disember nanti.

“Buat masa ini saya tidak bersedia mendedahkan identiti bakal isteri tetapi apa yang boleh saya kongsi, usianya awal 20-an dan berasal dari Kedah.

“Dia menjadi pilihan kerana berjaya membuka pintu hati saya selain memahami kerjaya saya, malah kami ada banyak persamaan. Pendek kata, saya selesa dengannya,
Powered by Blogger.