F Henry (Super Junior-M) Baca Buku Untuk Jadi Lebih Baik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Henry (Super Junior-M) Baca Buku Untuk Jadi Lebih Baik

AHLI kumpulan Super Junior-M, Henry memberitahu bahawa dia seorang yang suka membaca buku.

Penyanyi yang juga bintang Oh My Venus ini juga mengaku mengamalkan minat membaca semata-mata untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Saya rasakan diri ini belum sempurna dan untuk ke arah itu saya perlu lebih banyak ilmu.

"Oleh itu saya suka membaca bahan-bahan ilmiah yang boleh memberi pengetahuan kepada saya.

"Bagaimanapun untuk menjadi seorang yang lebih baik memerlukan saya memikirkan tentang diri sendiri terlebih dahulu.," ujarnya.

Tambah Henry, dia juga berpendapat untuk menjadi orang yang lebih baik, dia perlu membahagiankan orang-orang lain disekelilingnya.
Powered by Blogger.