F Haiza mahu jadi penyanyi versatil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Haiza mahu jadi penyanyi versatil

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza tampil dengan single terbaharu Tentang Cinta sebagai hadiah buat peminat yang mendambakan genre berbeza selepas sinonim dengan irama dangdut. Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 36, berkata single terbaharu karya Asfan itu adalah projek eksperimen sebagai batu loncatan untuk perkembangan kerjayanya. Enggan dilihat terikat kepada satu genre saja, Haiza ingin tampil sebagai penyanyi versatil. "Saya dilamar Asfan ketika masih berjuang dalam Gegar Vaganza. Selain tertarik dengan lirik dan melodinya, saya juga ingin mencabar diri untuk tidak terikat kepada satu genre muzik semata-mata. Saya sangat tertarik dengan melodi Tentang Cinta dan genre rock balada ini sangat menepati cita rasa saya. "Single terbaharu ini memberi maksud yang lebih luas dan tidak tertakluk hanya kepada pasangan bercinta. Saya berharap peminat dapat menerima buah tangan terbaharu ini dengan hati terbuka. Akhirnya, saya mampu melunaskan permintaan peminat yang menginginkan sesuatu yang berbeza daripada persembahan sebelum ini," kata Haiza. Bekas peserta program Gegar Vaganza 2 itu bergandingan dengan AG menerusi segmen Pagi Hari Di Kool FM yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 hingga 10 pagi. Selain Haiza dan AG, empat lagi penyampai yang turut menyertai Kool FM adalah bekas deejay Hot FM iaitu AG, Liza dan Ikhwan manakala Farid dan Ezaq daripada Hot FM Pantai Timur selain pakar motivasi, Prof Dr Muhaya Mohamad. Tampil dengan tagline Temanmu, Muzikmu, Kool FM menerusi frekuensi 101.3 FM di Lembah Klang manakala 90.2 FM di Pulau Pinang.


Powered by Blogger.