F Hafiz Suip, Effy selamat diijabkabul | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hafiz Suip, Effy selamat diijabkabul

PENYANYI, Hafiz Suip selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nureffy Jasreel Abdullah, 23 dengan sekali lafaz pagi tadi di  Kuching, Sarawak.

Hafiz melalui akaun Instagramnya sempat mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan yang diberikan.

"Terima kasih semua atas ucapan yang diberikan kepada kami. Terima kasih keluarga, peminat dan pihak media.

"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan sekali lafaz," katanya melalui sebuah video pendek yang dimuat naik, sebentar tadi.

Pada 27 Februari lalu, penyanyi berusia 26 tahun itu telah mengikat tali pertunangan dengan Effy.

Sebelumnya, Hafiz memberitahu hubungannya dengan Effy terjalin sejak lima tahun lalu ketika dirinya belum mencipta nama sebagai penyanyi.

Hafiz juga berkata dirinya tertarik dengan Effy kerana gadis itu lemah lembut, matang dan menghormati orang tua.


Powered by Blogger.