Berita Terkini
recent

Hafiz Hamidun lancar single terbaharu melalui Twitter

Hafiz Hamidun muncul selebriti Malaysia pertama berkolaborasi dengan aplikasi mikro blog paling popular, Twitter untuk melancarkan single terbaharu, Marhaban. Pelancaran Marhaban akan dilakukan secara interaktif dengan pengikut Hafiz di Twitter, lusa tepat jam 8.30 malam. "Saya akan membuat sesi soal jawab bersama peminat dengan menggunakan tag #TanyaHH dan akan menjawab soalan yang diajukan menggunakan aplikasi Periscope" kata Hafiz. Tambahnya, peminat yang mengikuti sesi ini juga bakal menyaksikannya secara langsung dari Afrika Selatan iaitu lokasi Hafiz melancarkan single ini, sempena konsert sulungnya di Ladium, Pretoria. "Single ini adalah dendangan pertama yang bakal dimuatkan di dalam album baharu saya yang ketujuh tidak lama lagi. Oleh kerana single ini bakal berada di pasaran pada hari yang sama dengan konsert saya di Afrika Selatan, saya mahukan peminat saya di seluruh dunia dapat mengikuti pelancaran ini secara interaktif, menerusi Twitter," katanya. Single Marhaban boleh dimuat turun menerusi iTunes dan streaming oleh rangkaian digital yang mengambil bahagian tepat jam 12 tengah malam waktu Malaysia, Jumaat ini.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.