F Hafidz tak tolak peluang berlakon dengan Uqasha | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hafidz tak tolak peluang berlakon dengan Uqasha

Bakat baharu, Hafidz Roshdi, 22, tidak menolak jika ditawarkan berlakon dengan Uqasha Senrose biarpun mereka pernah mencetuskan kontroversi gara-gara 'perang mulut'. Hafidz yang mahu melupakan kisah panas dan menjadikan ia suatu pengajaran, enggan terus bermasam muka dengan Uqasha. Ini kerana bagi dirinya, mereka berjuang dalam industri sama. "Saya tidak kisah jika ditawarkan bekerjasama dengan Uqasha. Ini kerana industri hiburan ini kecil saja. Bila-bila masa, kami akan bertemu di mana-mana majlis. Saya jadikan kisah lalu sebagai pedoman masa depan. "Bagi saya, apa yang berlalu, biarlah berlalu. Kisah kami sudah selesai. Saya enggan memanjangkan lagi perkara itu. "Biar apa sekalipun, saya pasti merujuk kepada ibu. Ini kerana ibu adalah penasihat terbaik saya. Saya juga perlu meneliti tawaran yang diberi agar sesuai dengan status sebagai suami," katanya kepada BH Online. Sebelum ini, berlaku 'perang mulut' antara Hafidz dan Uqasha apabila bintang Tundukkan Playboy itu membuat kenyataan tunangnya cemburu dengan aksinya bersama Uqasha dalam drama rantaian terbabit. Tindakan Uqasha meluahkan rasa berang sebaik kontroversi tercetus menghangatkan lagi salah faham antara mereka. Sementara itu, Hafidz turut menafikan dakwaan bernikah bagi menutup kontroversi yang menimpa dirinya. Jejaka ini menjelaskan, perbincangan antara kedua-dua keluarga sudah lama dibuat, namun dirahsiakan daripada media. "Kami sudah menetapkan tarikh bernikah pada majlis pertunangan. Namun, ketika itu, saya merahsiakan daripada media. Majlis diadakan secara sederhana. Ia dihadiri rakan, saudara dan keluarga terdekat saja. "Isteri saya juga sudah lali dikutuk. Sebelum ini, dia dikritik rakan-rakan kerana dikatakan tidak sepadan dengan saya. Kami memilih untuk fokus kepada pelajaran dan kerja berbanding kisah buruk yang hanya memberi aura negatif," katanya. Pada 30 April lalu, Hafidz menikahi Nurul Shuhada Mat Shukri yang dikenalinya ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM).


Powered by Blogger.