F Hafidz Roshdi Maafkan Pihak Yang Kutuk Wajah Isterinya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hafidz Roshdi Maafkan Pihak Yang Kutuk Wajah Isterinya

Pelakon yang baru saja mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu, Hafidz Rosdi memberitahu dia dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, memaafkan pihak yang melemparkan kata-kata kesat juga yang mendoakan perkara buruk kepada ikatan perkahwinan mereka.

Memetik laporan mStar online, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu ini berkata, segala komen negatif yang diterima mengajar dia dan isterinya cara untuk lebih bersabar.

"Apa yang penting saya dan isteri bahagia dan bagi mereka yang menghina wajah isteri saya, dia (Nurul Shuhada) menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih atas hinaan tersebut.

"Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, secara tidak langsung perkara ini juga mengajar erti kesabaran kepada kami," ujarnya.

Baru-baru pasangan tersebut menerima penghinaan daripada segelintir pengikut laman sosial yang tidak berpuas hati dengan berita perkahwinan mereka. Komen negatif dan biadap ditulis oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab menghina wajah isteri pelakon berkenaan.
Powered by Blogger.