F Guna Nama 'Kelentit Rindu', Bisnes Shisha Ahya Laris | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Guna Nama 'Kelentit Rindu', Bisnes Shisha Ahya Laris

Ekoran dakwaan mengenai nama kedai shisha milik Ahya Rosli yang dikatakan menggunakan nama kurang sopan iaitu satu perkataan yang turut dikaitkan dengan kemaluan wanita, pelakon dan model itu akhirnya memberikan penjelasan.

Memetik laporan mStar online, anak kepada aktres Normah Damanhuri ini berkata, dia memilih nama 'Kelentit Rindu' sempena nama tumbuhan liar iaitu sejenis cendawan Kelentit Kering atau saintifiknya Microparus Xanthopus.

Kata Ahya, selepas mendapati salah satu perasa shisha yang paling mendapat perhatian di kedai miliknya itu laris.

"Saya sudah gunakan nama berkenaan sudah lama sejak dibuka pada sepuluh tahun lalu dan ia adalah nama tumbuhan.

"Orang hanya tahu mengecam kerana berfikiran negatif sahaja dan saya sudah beritahu kepada ibu juga tentang ini dan dia tiada halangan," katanya.

Kedai shisha tersebut beroperasi di Jalan Genting Klang, Setapak, dekat sini.

Tambahnya lagi, dia sentiasa berfikiran positif dan memikirkan nama tersebut adalah nama yang mampu menarik pelanggan ke kedainya.

"Saya sentiasa positif dan tidak fikir ia bermaksud lucah. Hanya orang-orang yang negatif sahaja selalu nampak perkara buruk yang saya lakukan.

"Tidak kisah apa orang ingin fikir yang penting bisnes tersebut berjalan lancar dan menerima ramai pelanggan," ujarnya.

Selain mengusahakan perniagaan tersebut, Ahya yang juga jurulatih peribadi seni mempertahankan diri Kick Boxing berkata, dia kini dalam perancangan untuk membuka sebuah gimnasium.
Powered by Blogger.