F Goo Hara Dikritik Tidak Hargai Hadiah Peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Goo Hara Dikritik Tidak Hargai Hadiah Peminat

PENYANYI Goo Hara dikritik peminat-peminatnya sendiri dengan menganggap wanita itu tidak menghargai hadiah yang diberi mereka.

Ia berikutan penyanyi dan pelakon itu mendedahkan telah menghadiahkan hadiah berupa minuman alkohol yang diberi oleh salah seorang peminatnya kepada seorang rakan terdekatnya.

Bagaimanapun, agensinya KeyEast Entertainment mengeluarkan kenyataan bahawa penyanyi itu memberi hadiah itu kepada rakannya kerana dia tidak minum minuman beralkohol.

Peminat-peminat tidak menerima alasan tersebut dan beranggapan agensi tersebut berbohong bagi menyelamatkan reputasi penyanyi itu.

Katanya, Goo Hara sebelum ini banyak memuat naik gambar-gambar sedang minum alkohol bersama teman-temannya.

"Kenapa perlu beri alasan bahawa dia tidak minum minuman alkohol sedangkan semua tahu dia sudah minum (minuman alkohol) sejak di bangku sekolah lagi.

"Malah, dia juga sering memuat naik gambar sambil minum bersama rakan-rakannya," ujar netizen.
Powered by Blogger.