F Gaun pengantin RM8j! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gaun pengantin RM8j!

Gaun perkahwinan sering menjadi tumpuan tetamu dalam majlis perkahwinan.

Di Hollywood, gaun perkahwinan turut menjadi bualan ramai, tidak kira ia menarik perhatian kerana cantik atau sebaliknya.

Selebriti Hollywood juga ghairah bersaing mendapatkan pereka terkemuka dunia bagi memastikan gaun yang disarung di tubuh adalah yang terbaik.

Berikut 10 gaun terbaik yang pernah dihasilkan pereka fesyen terkemuka untuk selebriti terkenal Hollywood.

Sofia Vergara

Bintang Modern Family, Sofia Vergara tampil anggun dengan gaun putih rekaan Zuhair Murad Couture di majlis perkahwinannya pada 2015.

Rekaan gaun itu cukup menarik dengan adanya bunga timbul dengan kesan khas tiga dimensi dan tali pinggang bertatahkan mutiara.

Penampilan isteri Joe Maganiello ini tampak serba mewah apabila turut memakai barang kemas Lorraine Schwartz termasuk sepasang anting-anting 55 karat.

Harga gaun pengantin itu tidak dilaporkan, namun kos majlis perkahwinan sahaja mencecah RM16 juta.

Katie Holmes

Memilih untuk hidup bersama pelakon kacak Tom Cruise pada 2006, Katie Holmes tampak hebat dalam persalinan rekaan Giorgio Armani.

Meskipun potongan gaun itu nampak ringas, ia cukup menyerlah apabila ditaburi kristal Swarovski.

Harganya pula mencecah RM8 juta dan dikatakan busana perkahwinan termahal pernah dihasilkan.

Lauren Conrad

Klasik, glamor dan ringkas. Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan gaun putih rekaan pereka fesyen terkemuka, Badgley Mischka yang digayakan Laurern Conrad pada hari perkahwinannya.

Harganya tidak dinyatakan, namun gaun itu diserikan dengan taburan batu kristal, mutiara dan butiran manik kaca. Paling mencuri perhatian adalah leretan kainnya sepanjang 10 kaki.

Kate Moss

Gaun pengantin yang digayakan Kate Moss ketika mengahwini Jamie Hince pada Julai 2011 menjadi bualan ramai.

Dress rekaan John Galliano itu menggabungkan elemen seksi dan manis apabila lapisan dalamnya pendek manakala bahagian luarnya pula menggunakan material semisheer keemasan.

Amal Clooney

Bagi menyempurnakan majlis perkahwinannya bersama suami tercinta, George Clooney pada September 2014, Amal Clooney memilih Oscar de la Renta untuk menghasilkan gaun idamannya yang menelan belanja lebih RM1.5 juta.

Menurut satu laporan media antarabangsa, Amal dan George mahukan majlis perkahwinan yang romantik dan elegan.

Oscar menghasilkan gaun perkahwinan istemewa dengan rekaan tanpa bahu dan diserikan dengan renda rona putih gading yang menepati selera pasangan itu.

Nicky Hilton

Majlis perkahwinan Nicky Hilton dan James Rothschild diadakan di Istana Kensington. Pada acara gilang-gemilang itu, Nicky memakai gaun putih rekaan Valention bernilai lebih RM300,000.

Menariknya, rekaan ini menggabungkan ciri-ciri moden dan tradisional Inggeris dengan menampilkan dress berkolar tinggi menggunakan kain renda. Kakaknya, Paris Hilton memuat naik gambar Nicky dengan kapsyen “Pengantin paling jelita pernah saya lihat seumur hidup”.

Kelly Clarkson

Bintang American Idol ini teruja menggayakan busana perkahwinan koleksi Temperley Bridal.

Dress labuh berona putih gading itu nampak mewah apabila diserikan jahitan timbul berwarna perak.

Menyerikan lagi penampilannya, hiasan kelada daripada Maria Elena yang tertatahkan kristal Swarovski.

Kim Kardashian

Walaupun perkahwinan Kim Kardashian dengan bekas suami, Kris Humphries hanya mampu bertahan selama 72 hari, gaun perkahwinan yang digayakan wanita jelita itu menjadi topik hangat.

Gaun rekaan Vera Wang itu mencecah RM100,000 dan tampak sangat mewah meskipun potongannya ringkas. Kim bagaikan puteri apabila memakai aksesori kepala bertatahkan berlian.

Megan Fox

Formal dan kasual! Itulah yang cuba diketengahkan Megan Fox menerusi gaun pengantinya.

Gaun rekaan Armani Prive ini tampak hebat di tubuh Megan yang memilih pantai sebagai lokasi perkahwinannya dengan Brian Green pada 2010.

Dalam acara tertutup itu, Megan tidak memakai kasut sebaliknya selesa berkaki ayam. Pelakon jelita ini melangkah dengan penuh yakin di samping jejaka pilihannya.
Powered by Blogger.