F Gagal ke final: Skuad Malaysia berputih mata | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gagal ke final: Skuad Malaysia berputih mata

MALAYSIA gagal layak ke final Piala Thomas 2016 selepas terpaksa tunduk kepada Denmark 2-3 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Kunshan, tadi.

Kekalahan tersebut menyaksikan skuad negara gagal menepati sasaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk layak ke final sekaligus tidak berjaya mengulangi pencapaian dua tahun lalu di New Delhi.

Dalam perlawanan tersebut, peluang untuk layak ke final tampak cerah apabila jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mudah menundukkan Viktor Axelsen 23-21,21-18 dalam pertarungan selama 54 minit.

Gandingan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong memberikan mata kedua negara selepas menewaskan Mathias Boe-Mads Conrad Petersen straight set 21-18,21-18.

Bagaimanapun, kemaraan cemerlang skuad negara bagaikan disentap dengan Juara Kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin terpaksa akur kalah kepada Hans Kristian Vittinghus 18-21 dan 18-21.

Detik cemas terus menyelubungi kem negara apabila beregu kedua negara Koo Kien Keat - Tan Boon Heong juga turut tewas kepada Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam pertarungan tiga set 21-10, 8-21 dan 13-21.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, harapan yang disandarkan kepada perseorangan ketiga Chong Wei Feng tetap gagal memberikan kemenangan apabila kecundang mudah kepada Emil holst15-21 dan 18-21.
Powered by Blogger.