F Ga In Mahu Ambil Tindakan Isu Gambar Lucah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ga In Mahu Ambil Tindakan Isu Gambar Lucah

PENYANYI kumpulan Brown Eyed Girls iaitu Ga In bakal mengambil tindakan undang-undang selepas beberapa keping gambar lucah yang didakwa miliknya dan teman lelakinya, Joo Ji Hoon tersebar luas di internet.

Syarikat pengurusan Ga In dalam satu kenyataan memberitahu penyebaran gambar tersebut telah menyebabkan reputasi penyanyi itu rosak dan akan memastikan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

"Meskipun telah terbukti gambar-gambar berkenaan bukan milik Ga In dan Ji Hoon tetapi kami tetap akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu," kata wakil syarikat pengurusan berkenaan.

Dalam pada itu, Ga In menerusi Instagram berterima kasih kepada para peminatnya yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat ketika dia berada dalam keadaan tertekan apabila gosip berkenaan tersebar.

"Terima kasih atas keperihatinan anda. Jangan bimbang saya akan pastikan perkara ini diselesaikan," katanya.
Powered by Blogger.