F Fouziah kembali berlakon selepas dua tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fouziah kembali berlakon selepas dua tahun

Selepas dua tahun tidak berlakon, Fouziah Gous kembali beraksi di depan kamera menerusi drama bersiri Strawberi Karipap musim ketiga. Penggambaran drama terbabit dilakukan pada awal April lalu di Hong Kong. Sambil bekerja, wanita jelita ini turut mengambil kesempatan itu untuk membawa suami, Mohd Zhafran Md Yusof, dan anak mereka, Muhammad Zeeshan, bercuti bersama. "Alhamdulillah, rezeki saya dalam dunia seni masih ada. Walaupun sudah lama tidak terbabit dengan drama, akhirnya saya kembali berlakon dalam Strawberi Karipap. "Berikutan keadaan juga mengizinkan, jadi saya membawa Zeesha bersama-sama. Saya berada di sana selama 20 hari," kata Fouziah yang tidak putus-putus meluahkan kesyukuran kerana rezekinya tidak pernah putus. Selain lakonan, Fouziah juga baharu saja dilantik sebagai duta dan jurucakap sebuah produk kopi. "Semua ini saya anggap sebagai rezeki anak. Ketika mengandungkannya dulu juga saya ada menerima tawaran mempromosikan produk. Selepas melahirkan Zeeshan pula, saya ditawarkan pula menjadi duta produk kopi. "Cuma, dalam bab pengacaraan nampaknya peluang belum tiba. Jika ada tawaran bersesuaian, saya tidak nampak mengapa perlu menolaknya? Malah, saya juga sebenarnya rindu untuk mengacara semula. "Apapun buat waktu ini, anak tetap jadi keutamaan dalam mana-mana keputusan yang dibuat. Jika kena dengan masanya, saya pasti akan mempertimbangkan," katanya yang pernah mengendalikan program Nona siaran TV3. Mengenai si kecil yang kini berusia lima bulan, Fouziah memberitahu, anaknya itu sudah mula menunjukkan peningkatan diri. "Dia sudah pandai memberi maklum balas dan seakan-akan faham apa yang kita cakapkan padanya. Dia juga sudah mula membebel dan mudah mesra. Paling ketara, Zeeshan memang suka senyum," katanya.


Powered by Blogger.