F Fizo Omar Dikecam Lagi Gara-gara Beri Kopi Percuma | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fizo Omar Dikecam Lagi Gara-gara Beri Kopi Percuma

Selepas video orang ramai berebut mahu mendapat tudung koleksi terbaru jenama terkenal Fareeda sekaligus mencetuskan isu hangat, terbaru nama pelakon dan usahawan Fizo Omar dan isteri, Mawar, sekali lagi terpalit dengan kontroversi.

Ius pana itu timbul ekoran sebuah video menunjukan orang ramai berasak merempuh pagar untuk mendapatkan produk keluaran terbaru mereka, kopi FizoMawar.

Menerusi laporan sebuah blog hiburan menyebut, kopi berkenaan diberikan secara percuma demi menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan nombor giliran bagi koleksi tudung terbaru keluaran Fareeda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Mungkin sebab itulah ramai yang berpusu datang sampaikan sanggup berpanas terik matahari berdiri diluar.

Berikutan itu sebuah video telah dimuat naik di laman Facebook menunjukan orang ramai, bercampur lelaki perempuan mula bertindak ganas dengan mengasak dan merempuh pihak RELA yang menjaga kawasan terbabit untuk masuk ke dalam kawasan kilang Fareeda Group bagi mendapatkan kopi keluaran Fizo itu.

Bagaimanapun, penyebaran video berkenaan sekali lagi mengundang kritikan orang ramai yang mempersoalkan sistem pemasaran pihak Fareeda yang tidak berubah sejak isu panas tudung Fareeda tempoh hari. Malah ramai juga yang mengatakan bahawa pihak pengurusan Fareeda seolah-olah tidak serik dengan insiden itu.

Bagaimanapun, setaka ini pihak Fareeda mahupun Fizo Omar sendiri masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai perkara ini.
Powered by Blogger.