F Fizi Woo terhutang budi pada Aznil, ABPBH | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fizi Woo terhutang budi pada Aznil, ABPBH

Pereka fesyen, Fizi Woo, berbesar hati apabila gaun rekaan untuk pelakon, Hanez Suraya mendapat pujian daripada Giuliana Rancic. Pengacara dan penggemar fesyen Hollywood itu menggemari busana berwarna hijau kekuningan yang digayakan oleh Hanez pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun lalu sekali gus dinobat pakaian terbaik di acara berprestij itu. "Ibarat mimpi, pengiktirafan diberikan dijadikan sebagai pemangkin menyuntik semangat kami untuk terus memberikan yang terbaik. Jauh sekali mendongak ke langit, kami berazam untuk untuk berusaha lebih gigih bagi memartabatkan industri fesyen tempatan. "Ia membuktikan bukan saja fesyen yang kami cuba tonjolkan relevan hanya di Malaysia, sebaliknya diterima oleh masyarakat antarabangsa. Kami turut menerima permintaan daripada penggemar fesyen dari Qatar. "Sekalung penghargaan kami berikan kepada Datuk Aznil Nawawi kerana membawa rekaan kami hingga ke Hollywood. Tanpa beliau, rekaan kami itu tidak akan sampai sehingga ke peringkat luar. Begitu juga kepada pihak ABPBH kerana menyediakan platform buat kami," katanya. Mengulas mengenai pembabitan sempena ABPBH pada tahun ini, jenama Fiziwoo menyediakan busana khas buat pengacara dan pelakon, Neelofa. Fiziwoo yang terdiri daripada gabungan dua anak muda berbakat, Fizi dan Khai, hanya menyediakan busana untuk selebriti jelita itu sempena ABPBH edisi ke-29 yang akan berlangsung pada 8 Mei ini di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). "Tahun ini kami masih menyediakan busana untuk Neelofa, seperti tahun sebelumnya. Kolaborasi masih diteruskan kerana Neelofa memegang gelaran ikon fesyen muslimah untuk jenama ini. Kami cuba menonjolkan skop yang luas dan turut sesuai untuk mereka yang berhijab," kata Fiziwoo. Dalam perkembangan terbaharu, Fiziwoo tampil dengan keluaran terkini sempena musim perayaan. Rekaan kali ini diilhamkan daripada golongan diraja Russia dan mengetengahkan warna keemasan.


Powered by Blogger.