F Fiza nafi hendak kahwin, lelaki dikenali bukan suami orang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fiza nafi hendak kahwin, lelaki dikenali bukan suami orang

Hanya kerana berkongsi status sedang menghitung hari dalam laman sosial, ramai menyangka pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim bakal berkahwin, tidak lama lagi. Menambah spekulasi netizen, bekas suaminya, Adam turut mendoakan kebahagiaan Fiza. Ketika dihubungi sebentar tadi, pelakon yang sedang berada di lokasi penggambaran drama Meh Sandarkan Pada Aku terbitan Zeel Production menafikan dirinya bakal berkahwin. Malah, ibu tunggal kepada dua anak itu juga menafikan kekasihnya yang juga seorang juruterbang, berstatus suami orang. "Kami baru kenal dan berjumpa, masakan nak kahwin tiba-tiba? Saya menulis menghitung hari di laman Instagram kerana akan terbabit dengan sebuah projek yang belum dapat didedahkan lagi. "Tapi ada pula yang pandai-pandai membuat rumusan ia ada kaitan dengan saya nak berkahwin lagi. Saya juga terpaksa memadamkan perkongsian itu kerana ia mula mengundang komen bukan-bukan," katanya kepada BH Online.

Ditanya lebih lanjut mengenai hubungannya dengan jejaka terbabit dan rancangan berkahwin yang digembar-gemburkan, Fiza berkata: "Masih terlalu awal untuk kami memikirkan soal kahwin. Saya pun pernah berdepan kegagalan dalam dua perkahwinan sebelum ini. Jadi saya tak mahu pisang berbuah dua kali lagi. "Seperti kenyataan saya sebelum ini, memang saya sedang mengenali lelaki dengan pangkal huruf J. Dia bukan suami orang dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu." Fiza mengaku mengenali J pada awal tahun ini. "Soal kahwin lagi, pasti saya akan kongsi. Benda baik semestinya saya akan hebahkan," katanya. Fiza berpisah dengan Adam pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama. Namun, tahun lalu, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi. Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September lalu. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu. Ketika berkahwin dengan Ahmed Farriq (bekas suami pertama), Fiza dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 8, dan Feeya Adyrra, 7.


Powered by Blogger.