F 'Fire' BTS Catat Lebih 10 Juta Tontonan Dalam Masa 75 Jam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Fire' BTS Catat Lebih 10 Juta Tontonan Dalam Masa 75 Jam

Video muzik terbaharu kumpulan BTS berjudul Fire berjaya mencatat sebanyak lebih 10 tontonan di YouTube dalam masa 75 jam.

Dalam tempoh enam jam, video yang dilancarkan pada 2 Mei ini mencecah 1 juta tontonan. Dan dalam masa 13 jam, video tersebut mendapat 3 kali ganda tontonan iaitu sebanyak 3 juta.

Pada 5 Mei lalu, video muzik tersebut mencatat sebanyak 3.870.823 tontonan di saluran YouTube BigHit Entertainment serta sebanyak 6.163.608 tontonan di saluran 1theK dan untuk keseluruhan sebanyak 10.034.431 tontonan.

Tidak setakat itu, video muzik Fire sebelum ini dilaporkan mengungguli carta muzik video iTunes.

BTS atau juga dikenali dengan nama Bangtan Boys terdiri daripada tujuh anggota iaitu V, Suga, Jin, Jungkook, Rap Monster, Jimin, J-hope. Mereka mula meraih populariti sejak 2013 menerusi lagu seperti Dope, Boy In Luv, Hormon War dan I Need You.

Kumpulan ini pernah berkunjung ke Malaysia sempena acara bertemu peminat, 'BTS Live Trilogy in Malaysia Episode II', yang berlangsung di ibu negara pada 6 Jun 2015.

Perkembangan lain, sempena pelancaran album terbaharu mereka berjudul "Hwa Yang Yeon Hwa: Epilogue", BTS akan mengadakan konsert di Stadium Arena Olimpik Gymnastics, Seoul, Korea, pada 7 dan 8 Mei ini.

Powered by Blogger.