F Filem Dain Said, Interchange diedarkan di pasaran antarabangsa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Filem Dain Said, Interchange diedarkan di pasaran antarabangsa

Interchange, filem terbaharu karya sutradara tempatan, Dain Said akan diedarkan ke pasaran antarabangsa oleh syarikat berpangkalan di Paris, Reel Suspects. Filem yang paling dinantikan itu dibintangi gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam dan Nicholas Saputra, juga ditayangkan di Festival Filem Cannes, Perancis, berakhir Ahad ini. Interchange adalah filem kedua Dain yang mendapat perhatian dunia selepas Bunohan yang diterbitkan pada 2012. Filem Bunohan menyertai Festival Filem Antarabangsa Toronto pada 2011. Filem Interchange menjalani penggambaran di Kuala Lumpur pada Mac tahun dengan proses pasca produksi berakhir, September lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Reel Suspects, Matteo Lovadina, berkata pihaknya kagum dengan kreativiti Dain terutama teknik sinematografi yang dipaparkan dalam Interchange. "Sebenarnya kami sukar mencari filem seram dari Malaysia terutama yang mempunyai ciri-ciri sains fiksyen dan ghaib atau noir seperti Interchange.

"Kami berharap pembeli filem akan menghargai teknik sinematografi yang menjadi keutamaan Dain," katanya dalam kenyataan, di sini. Bagi urusan pemasaran, syarikat XYZ Films dilantik sebagai sebagai ejen bagi pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Interchange iaitu sebuah filem seram supernatural dengan kos penerbitan sebanyak RM3.1 juta menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia. Selain Sam dan Nicholas, turut beraksi dalam filem itu adalah Prisia Nasution, Iedil Putra, Nadiya Nissa, Alvin Wong dan Chew Kinwah. Filem Interchange mengisahkan kehidupan Adam lakonan Iedil Putra, seorang jurufoto forensik yang terganggu akibat masalah halusinasi. Dia menyertai rakannya, Detektif Man (Shaheizy Sam) menyiasat beberapa siri pembunuhan ngeri di Kuala Lumpur. Ketika itu, dia bertemu dengan Iva (Prisia Nasution), seorang pawang yang ditemani seekor semangat haiwan, Belian (Nicholas Saputra). Iva pula dalam perjalanan membebaskan jiwa suku kaumnya dari dalam plat kaca negatif masa lampau. Filem Interchange dijangka ditayangkan seluruh negara, akhir tahun ini.


Powered by Blogger.