F Fasha Sandha enggan dedah laporan polis untuk jaga aib | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fasha Sandha enggan dedah laporan polis untuk jaga aib

PELAKON berbakat besar, Fasha Sandha menjelaskan tujuan laporan polis yang di buat beberapa hari lalu adalah bertujuan melindungi dirinya.

Bagaimanapun demi menjaga aib pihak tertentu, dia enggan menjelaskan butiran laporan polis itu, namun bersedia mendedahkan andai keadaan memaksa.

Menurutnya, sebelum membuat laporan itu, dia sudah memikirkan perkara itu semasak-masaknya.

“Sebelum membuat sesuatu perkara, saya sudah memikirkan semasak-masaknya keputusan saya, pro dan kontranya.

“Malah bagi mana-mana rakyat Malaysia yang rasa tak selamat atau terganggu dari apa-apa ancaman, mereka boleh membuat laporan polis dan perkara itu juga dicadangkan oleh peguam saya.

“Jadi saya tak fikir apa lagi orang nak kata dan saya sedar, sebagai seorang selebriti apa yang kita buat pasti jadi perhatian.

“Tapi atas sebab perlindungan untuk diri sendiri, saya perlu buat laporan itu dan saya tak peduli lagi apa orang nak kata.

“Bagaimanapun saya tidak mahu memberitahu apa kandungan laporan tersebut kerana saya perlu menjaga aib. Tetapi andai keadaan memaksa, saya akan dedahkan,” katanya yang ditemui media pada sidang media pengumuman barisan Duta Syukur Selalu TV3, TV9 dan Tonton di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, petang tadi.

Fasha membuat laporan polis di Balai Polis Ampang dengan ditemani peguamnya, Zulkifli Che Yong pada 16 Mei lalu.
Powered by Blogger.