F Fasha Sahkan Buat Laporan Polis Kerana Diganggu Jejai | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fasha Sahkan Buat Laporan Polis Kerana Diganggu Jejai

Aktres popular Fasha Sandha mengesahkan bahawa dia ada membuat laporan membabitkan dakwaan diganggu bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Memetik laporan Harian Metro, Fasha enggan mengulas panjang mengenai hal itu dan meyerahkan kepada pihak polis dan peguam.

"Saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis," katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 100 episod Lara Aishah.

Sebelum itu laporan polis dibuat Fasha sudah dapat dihidu penulis blog hiburan dan menyiarkannya.

Dalam artikel disiarkan blog hiburan terbabit menyatakan bahawa Fasha membuat laporan polis kerana Jejai memasuki kediamannya tanpa kebenaran.

Blog yang memetik dakwaan sumber itu turut melaporkan kononnya Jejai sering memantau pergaulan Fasha. Blog hiburan itu turut mendakwa Jejai turut memarahi serta mengugut mereka yang berkawan rapat dan keluar bersama pelakon popular itu.

Fasha dan Jejai telah pun bercerai Januari lalu dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.
Powered by Blogger.