F Farawahida 'Gila' Dengan Hobi Baru | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Farawahida 'Gila' Dengan Hobi Baru

Bukan hanya mempunyai bakat dalam nyanyian, barangkali ramai tidak tahu bahwa Farawahida juga mempunyai kebolehan menjahit dan pandai memasak terutamanya menu masakan Melayu.

Menurut pelantun lagu Jangan Tanya Aku Lagi ini, semenjak berkahwin dia semakin suka mencuba memasak pelbagai lagi menu dan juadah tambahan kebelakangan ini dia mempunyai hobi baru, suka membuat kek.

"Sejak dulu saya memang suka memasak lagipun keluarga saya, kami memang selalu memasak dan menjual juadah-juadah. Sebelum ini saya hanya tahu masak masakan Melayu, tapi sejak berkahwin saya suka cuba resepi-resepi baru seperti masakan barat. Selain itu, sekarang saya semakin suka membuat kek. Hampir setiap malam sebelum masuk tidur saya akan 'google' resepi dan berfikir apa nak masak atau nak buat kek apa esok?

"Tapi suami pula jenis tak banyak makan lagipun dia seorang yang agak memilih bab makan. Memang sebolehnya dia elak mengambil makanan berlemak dan berminyak. Jadi apabila saya masak apa-apa masakan atau buat kek, saya akan beri juga pada jiran sebelah rumah dan kawan-kawan badminton saya. Dapat jugalah mereka rasa masakan saya. Ada juga yang nak tempah kek saya, tapi buat masa ini saya belum lagi secara serius buat perniagaan cuma sekadar suka-suka dan isi masa lapang.

"Kalau saya memasak atau buat kek, sekurang-kurangnya hilang rasa bosan duduk di rumah. Maklum saja lah, sekarang saya juga sudah jadi suri rumah. Tapi kadang-kadang kalau kek saya bantat, stress juga dibuatnya..," tuturnya sambil tertawa tatkala diajak berkongsi perkembangan kehidupannya kini ketika ditemui pada majlis sidang media jenama fesyen terkenal, Bianco Mimosa, bertempat di Hard Rock Cafe, kelmarin.

Fara atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 31, mendirikan rumah tangga dengan Abdul Shukur Mohd. Zain, 32, pada 16 Disember 2013.

Dalam pada itu, Fara berkata, dia mempunyai impian untuk membuka restoran atau butik satu hari nanti.

Tak Mahu Syok Sendiri

Sementara berkongsi mengenai perkembangan karier, beritahu Fara, dia masih menerima banyak undangan nyanyian disamping sekarang dalam perancangan untuk single terbaharunya selepas empat tahun tidak muncul dengan lagu baharu.

"Saya masih aktif menyanyi dan menerima undangan nyanyian. Sekarang saya tengan mencari lagu baharu. Sejak bergerak dan menguruskan kerjaya saya sendiri, saya perlu lebih peka tahu mana lagu yang betul-betul memenuhi citarasa pendengar masa kini.

"Setakat ini ada beberapa materia tetapi pilihannya belum saya putuskan. Saya tak mahu nanti kalau saya pilih lagu yang hanya saya saja suka, dikata syok sendiri pula," katanya.

Selain itu, pada bulan Ramadan ini dia akan kerap pulang ke kamungnyadi Taiping untuk membantu keluarganya berniaga di bazaar Ramadan Taiping.

"Tahun ini masuk tahun ketiga kami sekeluarga berniaga di bazaar Ramadan. Jika saya tidak ada apa-apa undangan menyanyi, saya akan pulang ke Taiping membantu keluarga saya berniaga sepanjang bulan puasa nanti," tuturnya.
Powered by Blogger.