F Farawahida cuba kaedah tradisional dapatkan anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Farawahida cuba kaedah tradisional dapatkan anak

Penyanyi, Farawahida enggan meletakkan tekanan pada diri sendiri walaupun kerap kali diajukan persoalan mengenai cahaya mata. Biarpun baharu mendirikan rumah tangga selama dua tahun, akuinya, persoalan mengenai anak acap kali ditanyakan kepadanya. Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 31, berkata beliau sudah mencuba pelbagai inisiatif perubatan tradisional sebagai usaha untuk menimang cahaya mata dan kini menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki daripada Yang Maha Kuasa. "Saya menganggap soalan mengenai anak ini sebagai perkara biasa. Sekiranya sebelum berkahwin dulu kita akan diajukan persoalan bila hendak mengakhiri zaman bujang, dan begitulah sebaliknya. Saya hanya akan berasa tertekan pada saat diajukan mengenai hal itu. Bagaimanapun saya enggan terlalu memikirkan persoalan berkenaan. "Tiada apa yang dapat dibuat kerana semuanya kuasa Tuhan. Saya dan suami sudah mencuba rawatan tradisional, namun belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. Mungkin pada masa akan datang kami akan mencuba perubatan moden pula. "Kami mengambil pendekatan untuk menghadapi cabaran ini dengan tenang tanpa mempersoalkan kerja Tuhan. Jika ada rezeki ia tidak ke mana. Lagipun ia bukan boleh dipaksa," ujarnya kepada BH Online. Farawahida dan suaminya, Shukur Mohd Zain, bernikah di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak pada 16 Disember 2013. Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Farawahia menjelaskan beliau sedang mengumpul bahan untuk single terbaharunya. Kekangan masa dan kepadatan jadual menjadi antara faktor yang menangguhkan penghasilan lagu baharu itu.


Powered by Blogger.