F Faizal Tahan Kritikan, Enggan Dibayangi Kontroversi Lalu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Faizal Tahan Kritikan, Enggan Dibayangi Kontroversi Lalu

Selepas lapan tahun menyepi, Faizal Ramliy kini kembali aktif semula dalam industri hiburan dengan semangat baru dan enggan dibayangi dengan kontroversi-kontroversi yang pernah melanda dirinya beberapa tahun lalu.

Menurut juara Akademi Fantasia (AF4) ini, pengalaman lampau banyak mengajar dan mematangkan dirinya. Justeru dia nekad bangkit dan membina semula kerier nyanyiannya sekaligus bersedia berdepan cabaran bergelar artis sekalipun dia dikritik.

"Saya akui kecuaian saya kerana tidak menghargai masa dan peluang yang diberikan kepada saya, menyebabkan saya hilang karier saya termasuklah saya hilang ibu saya. Ibu saya meninggal dunia.

"Tetapi bagi saya perkara yang sudah lepas biarlah lepas. Saya tidak mahu bercerita lagi tentang kisah-kisah lalu. Tak perlulah ditimbulkan lagi. Malah pengalaman yang lepas telah mematangkan saya dan membuatkan saya nekad untuk kembali. Ketika saya sedang meraih populariti dulu, usia saya 21 tahun, masih muda. Kini saya sudah 32 tahun tahun dan sudah boleh berfikir baik buruk sesuatu perkara.

"Segala yang saya lalui selama ini juga menjadikan saya berfikiran positif. Saya tidak kisah apa kata orang terhadap diri saya. Biarlah orang nak kata saya gila glamour atau syok sendiri, tapi saya tidak mahu fikirkan mengenai kritikan-kritikan mereka.

"Saya nekad bangkit semula dan mahu berikan yang terbaik. Tetapi saya tidak mahu berjanji apa-apa cuma apa yang boleh katakan saya akan lakukan yang terbaik," katanya ketika ditemui pada majlis perlancaran single terbaharunya, Tanpa Dirimu, bertempat di Saloma Bistro, pada Selasa.

Faizal sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi ekoran dakwaan pernah terjerumus dalam kancah penyalahgunaan dadah. Sementara itu, media sebelum ini melaporkan dia pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Perkahwinan pertamanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan seorang permata hati, Nur Alia Damia berusia tujuh tahun. Manakala perkahwinan kedua hancur tidak sampai setahun.

Dalam pada itu, tambahnya lagi, selama tempoh lima tahun tidak meraih sebarang publisiti namun dia masih aktif menyanyi dan memenuhi undangan persembahan di kampungnya di Terengganu. Selain itu dia juga menceburi dunia perniagaan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

"Selama lima tahun ini, saya tidak pernah menyesal mahupun berfikir mahu menarik diri daripada industri. Saya masih menyanyi dan menerima undangan tetapi kebanyakan persembahan saya di acara-acara di sebelah Pantai Timur. Alhamdulillah orang masih kenal saya dan ramai yang menyokong saya.

"Selain itu saya sekarang berniaga dan mengeluarkan jenama produk kesihatan saya sendiri iaitu Beauty 18. Perniagaan ini sudah saya jalankan sejak enam bulan lalu. Alhamdulillah sambutannya menggalakkan," katanya yang kini sudah menetap di Kuala Lumpur.

Mengenai Tanpa Dirimu, lagu bergenre Pop Balada tersebut merupakan ciptaan Shah Shamsiri dan komposer oleh Aidil Zami (AF). Ianya mengisahkan tentang luahan kesunyian jiwa seorang jejaka terhadap wanita yang dicinta pergi dari hidupnya.

""Setiap orang ada perjalanan masing-masing dan tak semua perjalanan sama. Meskipun kini muncul ramai penyanyi baharu, namun saya percaya pada rezeki dan tidak takut akan persaingan. Saya yakin lagu ini mampu mendapat tempat di hati peminat," tuturnya.
Powered by Blogger.