F Eun Ji Pukul Tangan Peminat Kerana Ponteng Sekolah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Eun Ji Pukul Tangan Peminat Kerana Ponteng Sekolah

VOKALIS kumpulan A Pink, Eun Ji mendapat perhatian netizen apabila dia memukul tangan seorang peminatnya dalam acara ramah mesra bersama peminat baru-baru ini.

Penyanyi yang baharu keluar dengan album solonya berjudul Dream itu dikatakan bertindak demikian kerana mengetahui salah seorang peminatnya tidak hadir ke sekolah gara-gara ingin bertemu dengannya.

Perkara itu diberitahu sendiri oleh peminat tersebut di laman Twitter.

"Dia bertanya umur saya dan saya menjawab 19 tahun. Lalu dia memukul saya dan menasihatkan saya kerana poteng sekolah," ujarnya.

Netizen memuji sikap penyanyi itu yang dianggap seperti seorang kakak.
Powered by Blogger.